THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 17, 2011

Pengertian dan Maklumat Komunikasi Islam

Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang mengesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan2 muslim kepada rakan2 bukan muslim. Setiap individu muslim dianggap komunikator agama atau Da'i(pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing2. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi penting, malah diperlihatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W yg mengesa supaya setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya satu ayat kerana ia menunjukan betapa pentingnya kebenaran ajaran agama islam disampaikan dengan berkesan berdasarkan prinsip2 komunikasi tertentu.

Antara firman2 Allah s.w.t...
          " Allah tidak menyukai ucapan buruk(yg diucapkan) dengan terus terang kecuali orang yg dianiaya" 
                                                                      ( Surah An-Nisa 4:148)

   " Dan katakanlah kepada hamba2 ku. hendaklah mereka mengucapkan perkataan yg lebih baik(benar)"
                                                                      (Surah Al-Isran 17:53)


Sebagai sumber rujukan tertinggi kapada umat islam, Al-Quran dan Al-Sunnah dianggap membekalkan secara menegak ataupun vertikal iaitu dengan Allah dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat 2 matlamat hubungan komunikasi dalam ajaran agama islam iaitu Habl Min Allah(hubungan dengan Allah) dan Habl Min Al-Nas(hubungan sesama manusia).





KOMUNIKASI ISLAM ADALAH PROSES DARI PERMULAAN

0 comments: