HALANGAN2 DALAM KOMUNIKASI ISLAM...
Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat dilakukan..
*Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.
*Contoh halangan komunikasi ialah:
- mengutuk orang
- memperkecilkan-kecilkan orang
- membocorkan rahsia orang
- mengumpat orang
- bertengkar, bercakap kotor, dan lain2 lagi.
* Al- Quran~ sebuah kitab yg dikategorikan sebagai sejenis media cetak yg memiliki bnyak fungsi antaranya informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk,nasihat dan sebagainya.
* Lisan~ merupakan media yg plng bnyak digunakan & sgt berkesan dlm menyampaikan berbagai mesej seperti dlm bentuk pidato,kuliah,diskusi,penerangan agama & sebagainya.
* Tulisan ~ digunakan dengan cara yg meluas & diguna pakai dlm pelbagai bidang kehidupan. penggunaan tulisan dlm media dapat kita lihat seperti surat khabar,majalah,risalah dan lain2 lagi.
* Jemaah atau organisasi~Sebagai media meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat islam.
*Lukisan atau gambar~ merupakan komunikasi tertua dalam sejarah kehidupan manusia dan masih berkesan dan penggunaannya tetap meluas.Contohnya seperti ukiran gambar, peta, grafik dan lain-lain.
* Perbuatan&bahasa badan termasuk isyarat~Penyampaian mesej dalam memperlihatkan perbuatan atau tingkahlaku yang mengandungi makna. Contohnya kaedah isyarat kepada orang bisu dan pekak.
* Audio-Visual~Komunikasi yang paling berkesan kerana merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik. Contohnya filem, drama, teater da sebagainya.
0 comments:
Post a Comment