Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Al- Quran
1. Memberi pedoman dan petunjuk kepada seluruh manusia serta wajib mengikutinya kerana terkandung di dalamnya risalah atau ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, syariat, pengetahuan tentang alam ghaib dari hari pembalasan akhlak, sirah dan lain-lain. Tegasnya kandungan al-Quran bersifat universal yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang sewajibnya diikuti dan dipatuhi segala peraturannya.
2. Sebagai sumber pertama dalam perundangan Islam dan sebagai rujukan untuk menyelesaikan berbagai masalah serta pertikaian yang dihadapi oleh manusia.
3. Sebagai peringatan kepada seluruh manusia dengan membawa khabar gembira bagi orang-orang yang taat dan patuh kepada Allah S.W.T serta amaran keras bagi orang-orang yang melampaui batas.
4. Sebagai Sumber Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan seperti Bidang Geologi, Bidang Astronomi (Kaji bintang), Bidang Pertanian, Bidang Kesihatan, Bidang Biologi (Kajihayat), Bidang Fizik, Bidang Zoologi, Bidang Psikologi, Bidang Komunikasi dan Bidang Bahasa Dan Kesusasteraan.
5. Al-Quran juga menceritakan peristiwa-peristiwa umat di zaman silam dan sirah perjuangan para anbiya' untuk dijadikan iktibar dan contoh tauladan dalam pembentukan peribadi dan pembangunan manusia.
As-Sunnah
Sunnah bererti Sirah iaitu jalan yang betul atau tidak. Sunnah menurut ulama' ialah segala yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W. sama ada perkataan, perbuatan, keakuran, sifat fizikal atau akhlak juga sirahnya sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul seperti berada di Gua Hira' atau setelah baginda menjadi Rasul. Sunnah menurut ulama' Usul Fiqh terbahagi kepada tiga:
- Sunnah Qauliyyah - iaitu hadith-hadith yang disebut oleh Rasulullah S.A.W. untuk menerangkan berbagai tujuan dan dalam berbagai kesempatan.
- Sunnah (Hadith) Fi'liyyah - iaitu perbuatan Rasulullah sendiri seperti menunaikan sembahyang lima waktu dan memerintahkan kaum muslimin mengerjakannya sebagaimana baginda lakukan.
- Sunnah (Hadith) Taqririyyah - iaitu pengakuan atau keakuran Rasulullah S.A.W. terhadap perkataan atau perbuatan yang dilakukan oleh orang lain dihadapan baginda atau sewaktu baginda ada dan mengetahui perkara tersebut.
Ijmak
Ijmak ialah persepakatan para mujtahidin di kalangan umat Islam sejak dari satu zaman ke satu zaman selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. terhadap sesuatu masalah hukum syara'
0 comments:
Post a Comment